MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

PEMERINTAH TLDB DIKURNIAKAN BINTANG KEBESARAN (D.P.M.B)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2006.— Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Paduka kepada Kolonel (Laut) Haji Joharie bin Haji Metussin Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-60 yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman di sini.

Didalam kesempatan ini ahli-ahli warga Tentera Laut dangan tulus ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Kol (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin serta keluarga diatas pengurnian Bintang Kebesaran tersebut dan semoga ianya juga akan menjadi pemangkin keatas tugas yang telah diamanahkan kepada Dato selaku Pemerintah TLDB.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) kepada Pemerintah TLDB

PENGANUGERAHAN PINGAT PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (P.G.A.T) KEPADA PEMERINTAH TLDB

KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos 2007, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyampaikan pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei Kolonel (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin dan telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (P.G.A.T), anugerah tertinggi ATM kepada pemimpin Negara luar di Istana Melawati disini.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.



Yang Mulia Kol (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin Pemerintah TLDB dianugerahkan pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Malaysia

MAJLIS PENGANUGERAHAN LENCANA PEMERINTAH KAPAL, SAUH EMAS DAN BINTANG HARAPAN

Kpt (L) Rosaini bin Umar telah dianugerahkan Lencana Pemerintah Kapal (Command Badge) oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Kolonel (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin Pemerintah TLDB semasa sambutan Hari Ulang Tahun TLDB ke - 42 tahun pada 14 Jun 2007.

Seramai dua anggota TLDB telah menerima anugerah Sauh Emas dan Bintang Harapan bagi tahun 2006, yangmana telah dilaksanakan semasa perbarisan Pemerintah Armada iaitu pada hari Juma’at 30 Mac 2007 bertempat Padang Kawad TLDB.

Penerima anugerah Sauh Emas telah di terima oleh 11466 Sjn (L) Haji Sufri Perizan bin Haji Metussin yangmana beliau telah berkhidmat TLDB lebih kurang 13 tahun menjawat sebagai penyelia selam TLDB. Manakala penerima anugerah Bintang Harapan telah diterima oleh 12578 Kpl (L) Mohd Ali Nordin bin Haji Abdul Razak, beliau berkhidmat selama 10 tahun didalam TLDB kini bertugas sebagai penyelam kelas 2. Kedua-dua penerima anugerah tersebut telah disampaikan oleh YM Pemangku Pemerintah Armada TLDB Lt Kol (L) Abd Rahman bin BMPD Haji Bakar.


Perlaksanaan penyampaian Lencana Pemerintah Kapal oleh YM Pemerintah TLDB

Pmk Pem Arda menyampaikan anugerah Sauh Emas kepada 11466 Sjn (L) Haji Sufri Perizan bin Haji Metussin

TAHNIAH ATAS PENERIMAAN PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK(TENTERA)

Sekalung Tahniah dan Syabas diatas kejayaan serta kecemerlangan diucapkan bagi Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat TLDB diatas penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) 2007.

Penerimaan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik:

1. Lt Kol (L) Abang Abas bin Abang Hj Omarzuki
2. Mej (L) Rozalan bin Sable
3. Kpt (B) Ali Rahman bin Abdul Gapar
4. PW1 (L) Hasnanuddin bin Abu Bakar
5. PW1 (L) Pg Aliuddin bin Pg Hj Yussof
6. PW1 (L) Mohammad Shamsul bin Sharbini
7. PW1 (L) Abdul Jaimi bin Abdullah Owek
8. PW2 (B) Sofri bin Tamin
9. PW2 (L) Kamaluddin bin Hj Abdul Kadir
10. PW2 Imeran bin Pigang
11. PW2 (L) Mohammad Ali bin Hj Damit
12. PW2 (L) Abd Haris Han bin Mohd Shaipon @ Abd Khan bin Kupon
13. SSjn (B) Mohd Jaffri bin Mohd Tahir
14. SSjn Norsiah binti Badar @ Jaliyah
15. SSjn (B) Nurhafizah bonti Abdullah @ Kuning binti Badar
16. SSjn (L) Jeffry bin A. Lakim
17. SSjn (B) Jeffriddin bin Hj Binchut
18. SSjn (B) Saindi bin Hj Hassan
19. SSjn (L) Ahmdan bin Mat Zin
20. Sjn (B) Mohd Yunos bin Sabtu
21. Sjn (L) Ramlan Bin Hj Danan
22. Kpl (B) Morsidi bin Isa
23. LKpl (L) Dasman bin Hj Tuah

Sehubung dengan itu Semua Warga Tentera Laut mengucapkan penghargaan kepada semua penerimaan pingat bagi Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat TLDB tersebut.


Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik

MAJLIS PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN BAGI ORGANISASI LOGISTIK & KEJURUTERAAN ABDB 2006

Tanggal 02hb Februari 2007 yang lalu telah berlangsungnya sebuah Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan bagi Organisasi Logistik dan Kejuruteraan ABDB 2006. Ini adalah yang pertama kali diadakan secara serumpun iaitu daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB, Kejuruteraan TUDB, Kejuruteraan Darat PB ABDB dan Depoh Logistik PB ABDB yang dianjurkan oleh Jabatan Pemeliharaan, Jabatan Logistik, Kementerian Pertahanan.

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan pada malam itu diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan kehadiran tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pg Hj Azmansham bin Pg Hj Mohammad, Komandan Perkhidmatan Bantu ABDB.

Matlamat utama majlis itu diadakan untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli di dalam organisasi, bagi meningkatkan lagi produktiviti, selaras dengan Program Perkembangan Kejuruteraan ABDB. Ianya juga berfungsi sebagai perkumpulan agung bagi organisasi yang dimaksudkan, agar ahli-ahli di dalam organisasi tersebut mendapat peluang untuk bersuai-kenal antara satu sama lain, dan bertukar-tukar pendapat serta buah fikiran dalam melancarkan urusan-urusan seharian.

Seramai 96 anggota dan kakitangan telah menerima anugerah penghargaan dan peniktirafan daripada Jabatan Pemeliharaan, Jabatan Logistik, Kementerian Pertahanan. Penerimanya ialah 12 anggota dan kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB, 28 anggota dan kakitangan daripada Kejuruteraan TUDB, 27 anggota dan kakitangan daripada Kejuruteraan Darat PB ABDB, 20 anggota dan kakitangan daripada Depoh Logistik PB ABDB dan 9 anggota dan kakitangan daripada peserta “Work Improvement Teams Competitions ABDB 2006”


Kehadiran tetamu kehormat

Salah seorang penerima anugerah pada malam itu.
Para hadirin pada malam Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan.

KUMPULAN 'SMART CRAFT' MENJUARAI KONVENSYEN KKC 2007 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

RIMBA, Isnin 2 Julai 2007 - 'SMART CRAFT' sebuah kumpulan daripada Jabatanarah Pentakbiran dan Tenaga Manusia, Bengkel Motosangkut, TLDB telah menjuarai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang – KKC peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) di Rimba.

Kumpulan 'SMART CRAFT' telah menjalankan projek mereka mulai 17 Mei 2006. Tajuk projek ini adalah ‘Penerimaan, Pemeliharaan, Pembaikan dan Penyerahan Enjin Motosangkut Di TLDB. Misi kumpulan ini adalah Meningkatkan kepimpinan dalam merealisasikan produktibiti dan efisinsi kakitangan kearah kesempurnaan kualiti yang ditetapkan. Dalam penyelesaian projek KKC ini, kumpulan 'SMART CRAFT' telah menggunakan kaedah putaran RLST (Rancang, Laksana, Semak dan Tindakan) kearah perlaksanaan perancangan yang lebih bersistem dan teratur bagi menangani masalah projek-projek yang dipilih dan dihadapi.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada kakitangan awam iaitu Awg. Simbaran bin Hj Anggas, Awg Hj Amidon bin Hj Ibrahim, Awg Anuar bin Hj Tahir, Awg Ezzeddin bin Hj Abd Rahman dan diketuai oleh Tengku Zainal bin Tengku Hj Hassan

Matlamat utama Konvensyen ini adalah untuk mencari pemenang KKC bagi mewakili kementerian ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan akhir yang akan diadakan pada 14 Ogos untuk memperingati Hari Perkhidmatan Awam yang Ke 14.

Tetamu kehormat pada konvensyen itu ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan kemudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang dan peserta kumpulan.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh pagawai agama Kementerian Pertahanan dan diikuti dengan pembukaan rasmi oleh Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dan beliau juga salah seorang pengerusi Konvensyen KKC peringkat kementerian 2007.Juga hadir dikonvensyen itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan, Pengarah Awam, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan daripada Kementerian Pertahanan dan para jemputan.


Ahli kumpulan 'SMART CRAFT'

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Berakas Garison, Jumaat 16 April 2007 – Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Hj Awang Halbi bin Hj Md Yussof. mengumumkan seramai 59 pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah dinaikan pangkat. Majlis ini dilangsungkan pada tengah hari di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei yang telah dinaikan pangkat pada majlis itu adalah:

1. MAJOR TETAP
551 Kpt (L) Rozalan bin Sable

2. PEMANGKU MAJOR

597 Kpt (L) Hj Ainolnizam bin Hj Ibrahim

3. KAPTEN TETAP

686 Pmk Kpt (L) Hj Edy Jofren bin Pehin Datu Penglima Hj Abd Jalil
573 Pmk Kpt (L) Sahriman bin Abu Bakar
586 Pmk Kpt (L) Mohammad Ezzaddin bin Hj Tahir
614 Pmk Kpt (L) Nor Ariwwin bin Mohd Ali
521 Lt (L) Rosaini bin Hj Umar
702 Lt (L) Rasman bin Puteh

4. PEMANGKU KAPTEN

572 Lt (L) Saiful Hazril bin Ali
613 Lt (L) Sonny Iskandar bin Rasani
618 Lt Norharirayati @ Norshawalliah binti Yakub
626 Lt (L) Md Zouhdy bin Hj Abdul Razak

5. LEFTENAN TETAP
739 Lt Muda (L) Ade Roddiane bin Hj Mohd Rosdi

Tetamu kehormat pada majlis ini, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Hj Awang Halbi bin Hj Md Yussof, Pemerintah ABDB, turut hadir menyaksikan ialah Pemerintah-Pemerintah Unit dan Komandan-Komandan Perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan ABDB dan Kementerian Pertahanan.


Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tetamu kehormat bagi majlis tersebut.